Panasonic Memperlihatkan Prototaip Bateri Lebih Besar Untuk Kegunaan Kenderaan Tesla

Diterbitkan pada Okt 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Panasonic, syarikat teknologi terkemuka dari Jepun juga dikenali untuk membangunkan sistem bateri yang digunakan oleh kenderaan-kenderaan Tesla yang baru-baru ini dilihat telah menjual sejumlah pegangan mereka dalam syarikat tersebut.

Mereka baru-baru ini dilaporkan telah memperlihatkan sebuah prototaip bateri yang hadir dengan kapasiti lima kali lebih besar berbanding dengan apa yang mereka tawarkan sekarang yang boleh digunakan dalam kenderaan Tesla yang berprestasi tinggi dan lebih mahal, disamping mengekalkan kos yang sama, walaupun ia mempunyai kapasiti yang lebih besar.

Untuk model-model biasa seperti Model 3 dan sebagainya, Tesla kini dilihat menggunakan bateri jenis Lithium Iron Phosphate (LFP) yang hadir dengan kos dan kapasiti yang agak tinggi, tetapi masih perlu dicas dengan lebih banyak berbanding dengan Panasonic yang membangunkan bateri jenis Nickel-Cobalt-Aluminium (NCA).

Selain daripada Panasonic, Tesla turut dilihat membeli bateri LFP yang dibangunkan oleh LG Energy Solution dari Korea dan juga Contemporary Amperex Technology Co. (CATL) dari China. Walaupun Tesla memperlihatkan jumlah jualan dan keuntungan yang agak tinggi pada tahun ini, mereka masih lagi perlu bekalan bateri LFP yang lebih banyak, dan sedang berbincang untuk bagaimana membolehkan CATL membangunkan bateri-bateri ini untuk mereka bagi kereta Tesla di luar pasaran China.

Dalam pada itu, Panasonic tidak mengesahkan bilakah mereka akan mula mengilang bateri terbaru mereka secara besar-besaran, tetapi ia dijangka komponen tersebut akan digunakan untuk kenderaan-kenderaan mereka yang lebih besar seperti Cybertruck, Tesla Semi dan sebagainya.

Sumber: Reuters

komen


© Amanz / 2022 Kami