Markah Geekbench Untuk Pixel 6 Menunjukkan Google Tensor Bukan Pesaing A15 Bionic

Diterbitkan pada Okt 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Markah penanda aras untuk Google Pixel 6 telahpun muncul di laman Geekbench 5 dan ia pastinya mengecewakan mereka yang berharap cip pertama dari Google memintas Apple A15 Bionic. Dalam ujian satu teras Google Tensor mencatatkan 1037 markah dan dalam ujian multi teras ia mencatatkan 2944 markah.

Sebagai perbandingan Apple A15 Bionic mencatatkan 1716/4678 markah dalam ujian yang kami lakukan sendiri di makmal Amanz. Kerana Google Tensor adalah percubaan sulung dari Google, markah penanda aras yang rendahnya masih boleh dimaafkan. Tahun hadapan dengan pengenalan teras baharu ARM serta penglibatan AMD, perbezaan prestasi yang ketara mungkin akan tidak mudah diterima. Dengan skor penanda aras yang tidak menakjubkan ini, masih adakah di kalangan pembaca yang masih ingin membeli Pixel 6 dan Pixel 6 Pro.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami