iOS 15.1 Kini Boleh Dimuat Turun Mengaktifkan SharePlay Dan ProRes

Diterbitkan pada Okt 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kemas kini iOS 15.1 kini boleh dimuat turun bagi mengaktifkan ciri SharePlay pada iPhone dan ProRes pada iPhone 13. Saiz muat turun adalah agak besar iaitu 1.44 GB. SharePlay membolehkan pengguna iPhone menonton kandungan kegemaran bersama teman-teman menerusi FaceTime. Antara aplikasi yang menyokongnya ialah Apple Music, Apple TV+, Disney+, ESPN+ dan, TikTok. Peranti yang menyokongnya pula ialah iPhone, iPad, Apple TV dan Mac.

ProRes pula ialah mod rakaman video pada kualiti paling tinggi serta saiz fail yang juga besar. Ini mungkin diperlukan bagi pengeluar kandungan yang memerlukan kualiti serta mempunyai komputer yang cukup berkuasa untuk menyuntingnya. Satu lagi ciri menarik ialah kawalan manual untuk tidak mengaktifkan mod makro pada kamera iPhone 13. Pengguna merungut peranti terus ke mod makro apabila mengesan objek berada pada kedudukan dekat.

Seterusnya ialah sokongan memaparkan sijil vaksinasi Covid-19 digital terus dari dalam aplikasi Wallet. Ini penting bagi mereka yang mungkin ini ke luar negara dan bukti diperlukan sebelum dibenarkan masuk. Akhir sekali beberapa tampalan pepjiat turut diberikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami