Apple macOS Monterey Kini Sedia Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Okt 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple kini telah pun melancarkan macOS Monterey kepada semua, sekaligus membolehkan pengguna Mac yang mempunyai komputer yang menyokongnya untuk memuat-turun serta menikmati sejumlah ciri baharu yang disertakan bersama.

macOS Monterey menawarkan pengalaman pelayaran web serba baharu melalui Safari, membawa aplikasi Shortcuts kepada Mac, selain turut menyertakan ciri seperti Focus Mode, SharePlay dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan Mac, boleh memuat-turun kemaskini bersaiz sekitar 12GB ini hari ini, dan menikmati pelbagai ciri baharu yang hadir bersama dengannya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami