Carian
Apple Fitness+ Ditawarkan Di Malaysia Bermula 4 November – RM19.90 Sebulan, RM119.90 Setahun
October 26, 2021 Aman

Apple sedia mengumumkan penawaran Apple Fitness+ bakal hadir untuk pasaran Malaysia sebelum ini, dan kini mengesahkan ia akan ditawarkan bermula 4 November 2021 kelak.

Apple Fitness+ membawa ciri kecergasan yang dibangunkan untuk Apple Watch, dan turut boleh dimainkan pada peranti lain melalui sokongan SharePlay.

Fitness+ hadir dalam bentuk langganan, menawarkan sejumlah kandungan untuk diikuti dan kekal cergas, selain turut menawarkan pandunan untuk melakukan aktiviti kecergasan dan meditasi.

Di Malaysia, Apple Fitness+ akan ditawarkan pada harga RM19.90 sebulan, atau RM119.90 setahun. Pengguna yang membeli Apple Watch Series 3 dan terkini turut akan menerima akses percuma selama 3 bulan untuk perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini juga turut boleh dikongsi bersama sehingga 6 ahli keluarga lain pada harga yang sama.

Komen