Blue Origin Ingin Membina Stesen Angkasa Orbital Reef Menjelang 2030

Diterbitkan pada Okt 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Blue Origin gagal menjadi pembekal roket dan sistem pendaratan bulan untuk Misi Artemis tetapi mereka masih mempunyai pelbagai projek lain untuk pengkomersialan angkasa lepas. Mereka telah mengumumkan pula rancangan membina stesen angkasa Orbital Reef menjelang 2030 dengan kerjasama firma Sierra Space.

Orbital Reef akan mempunyai keluasan yang sama seperti Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan kemampuan menempatkan 10 angkasawan serentak. Selain menawarkan ruang untuk pelancong angkasa lepas, Orbital Reef turut boleh digunakan untuk melalukan eksperimen sains. Bagi menjadikannya realiti, stesen angkasa ini boleh menyokong sambungan dengan pelbagai jenis kapsul penumpang komersial dan milik kerajaan.

Ini mungkin usaha Blue Origin untuk menawarkan ruang kepada pelanggan yang berminat dengan ISS dijangka menamatkan operasi seawal 2028 atas faktor usia. Dengan rekaan sumber terbuka, Blue Origin boleh menambah modul yang diperlukan oleh pelanggan.

Selain Blue Origin, Axiom Space dan Space Gateway juga telah memperlihatkan rekaan stesen angkasa persendirian mereka. Kesemuanya cuba menjadikan fiksyen manusia pergi ke angkasa lepas untuk melancong menjadi realiti.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami