Carian
Facebook Akan Membelanjakan $10 Bilion Pada Tahun Ini Untuk Alam Meta, AR Dan VR
October 26, 2021 Aman

Mark Zuckerberg kini mengumumkan perancangan untuk membelanjakan sekitar $10 bilion pada tahun ini untuk arena AR, VR dan juga pembangunan aplikasi dan perkhidmatan berkaitan alam meta.

Facebook sedia beberapa kali menyatakan fokus terhadap arena alam meta, malah baru-baru ini dikatakan bakal menjenamakan semula syarikat dengan nama baharu yang lebih mengambarkannya.

Mark Zuckerberg AR

Pelaburan $10 bilion ini adalah agak besar, dan Zuckerberg sendiri mengatakan yang mana ia sebuah percaturan besar. Malah, pelaburan ini tidak akan memperlihatkan pulangan dalam masa terdekat.

Dalam memastikan alam meta yang dibangunkan mencapai berbilion pengguna, Facebook perlu memastikan penawaran AR dan VR mereka adalah baik – sekaligus memerlukan pelaburan yang tinggi.

Mark Zuckerberg juga turut mengatakan yang mana alam meta akan menjadi penerus legasi untuk arena internet mudah-alih pada hari ini.

Komen