Cari @ Amanz

Jiophone Next adalah telefon pintar Android yang hanya dipasarkan di India dengan Google telah melakukan pelaburan ke dalam syarikat. Kini Jiophone Next telahpun disahkan menggunakan sistem operasi baharu Pragati OS yang berasaskan Android Go.

Adalah sedikit aneh Android Go juga mempunyai pelancar sekarang sungguhpun ia direka sebagai sistem operasi ringin untuk peranti kelas asas. Berdasarkan beberapa maklumat yang telah dikongsi, Jiophone Next menggunakan cip Snapdragon 218, memori 2GB dan storan 32GB sahaja.

Peranti ini asas tetapi masih menyokong pelbagai aplikasi Google dan Google Assistant. Kesemuanya boleh dimuat turun menerusi Play Store yang hanya menawarkan aplikasi yang sesuai digunakan pada peranti asas ini.

Sumber Times of India

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd