Cari @ Amanz

Program Jendela yang dikelola pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bertujuan untuk meningkatkan liputan rangkaian 4G, disamping membangunkan infrastruktur 5G untuk kegunaan tempatan. Dibawah program tersebut, selain daripada menaiktaraf kelengkapan sedia ada, pihak SKMM turut mengatakan bahawa pencawang-pencawang baru turut akan dibangunkan untuk memastikan mereka yang menetap di kawasan luar bandar dan pedalaman tidak terkecuali daripada ini.

Oleh itu, edotco, syarikat pembangun pencawang tempatan, edotco baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah menyerahkan sebanyak 113 pencawang rangkaian kepada pihak SKMM yang dibina di tujuh buah negeri pada masa yang sama.

Menurut edotco, pencawang-pencawang ini dibangunkan bermula Februari 2020 dimana ia termasuklah pemasangan peralatan radio, bekalan kuasa dan sebagainya. Sebagai sebuah negara yang rata-rata kesemua rakyatnya mempunyai sekurang-kurangnya satu peranti pintar, pembangunan pencawang-pencawang ini dilihat sebagai sesuatu yang penting kerana tidak semua rakyat mempunyai akses kepada sambungan internet jalur lebar.

Oleh kerana itu, capaian internet mudah-alih haruslah berupaya untuk menyambungkan orang ramai ke rangkaian Internet dengan cara yang paling mudah untuk pengguna-pengguna ini, supaya ia boleh dimanfaatkan oleh mereka untuk perniagaan, pembelajaran ataupun pekerjaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd