Apabila mengambil gambar produk untuk diulas, satu tips yang diberikan kepada penulis ia Amanz ialah lebih baik ambil banyak gambar dari tak cukup gambar. Ini petua yang boleh digunapakai oleh industri fesyen juga. Tetapi kerap kali berlaku pelanggan mahukan baju digayakan model pada sudut berbeza selepas sesi fotografi dan ini boleh meningkatkan kos.
Tetapi Badour AlBahar dari Virginia Tech dengan bantuan penyelidik dari Adobe Research berjaya menghasilkan kecerdasan buatan yang menghasilkan imej baharu dengan posisi model berbeza berdasarkan gambar asal. Imej yang terhasil adalah kelihatan seakan asli dengan baju mengikuti kontur tubuh seperti sepatutnya.
Pada waktu ini kecerdasan buatan yang dihasilkan masih belum cukup sempurna kerana akan menghasilkan anomali seperti jari mempunyai lebih daripada 5 jari dan wajah yang tidak menyerupai manusia asli lebih-lebih jika model adalah berkulit gelap. Lebih banyak data diperlukan sebelum imej palsu yang lebih realistik dapat dihasilkan. Ini satu lagi teknologi deepfake yang dibangunkan untuk niat yang baik tetapi mungkin boleh disalahgunakan jika jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab.
Sumber Newscientist