Cari @ Amanz

Tidak dinafikan, kini penggunaan fon telinga nirwayar semakin meluas dalam kalangan pengguna. Disebabkan itu, terdapat pelbagai jenis fon telinga nirwayar yang dihasilkan di pasaran dan ia dilihat muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Terkini, Meizu POP3 True Wireless Earbuds telah dilancarkan di China. Fon telinga ini lengkap dengan rekaan terbuka tanpa tangkai bersama pod pengecas berbentuk bujur. Kemudian, sepasang pemandu audio utama sebesar 13mm yang mempunyai panel kawalan sesentuh turut digunakan.

Meizu POP3 True Wireless Earbuds turut dilengkapi pembatalan hingar elektronik (ENC), selain sesuai digunakan sewaktu bersenam kerana mempunyai piawaian kalis air IPX5. Tambatan pantas pula boleh dilakukan menerusi bluetooth 5.2 dan bateri 400mAh yang disertakan mampu beroperasi maksimum mencapai 24 jam. Di China, fon telinga ini dijual pada harga RMB199 (~RM130).

Sumber : Meizu China

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd