Facebook hari ini telah berkongsi penyata kewangan untuk suku ketiga 2021 yang lepas, dan pada masa yang sama berkongsi sejumlah statistik berkaitan penawaran perkhidmatan mereka.

Menurut Facebook, aplikasi dibawah keluarga mereka (Facebook, Messenger, Instagram dan WhatsApp) kini mempunyai sebanyak 3.58 bilion pengguna aktif setiap bulan. Menariknya juga adalah 2.81 bilion daripadanya adalah pengguna aktif harian.
Untuk Facebook sendiri, mereka mempunyai 1.93 bilion pengguna aktif setiap hari, selain pengguna aktif bulanan sebanyak 2.91 bilion. Angka ini adalah sangat tinggi, dan masih sukar dicapai oleh pelbagai perkhidmatan pada hari ini.
Bergerak kehadapan, Facebook masih sedang melihat kaedah untuk menarik pengguna ke platform mereka – terutamanya pengguna muda. Facebook juga telah mula memberikan lebih perhatian terhadap video, selain turut memberikan penekanan kepada dunia alam meta.