Carian
Gambar Awal Kain Lap Apple RM99 Hadir Ke Arena Web
October 26, 2021 Aman

Apple pada minggu lepas telah memperkenalkan beberapa produk baharu, dan salah satunya adalah kain lap skrin mereka, berharga RM99. Kini, selang seminggu, beberapa pengguna telah mula menerima pembelian kain lap premium daripada Apple berkenaan.

Melalui apa yang dikongsikan pengguna ke arena web, kain lap Apple ini hadir dalam kotaknya tersendiri, serta sebuah kertas yang mengatakan ia boleh digunakan pada pelbagai skrin dan permukaan.

Apple turut mengalakkan penggunaan cecair 70% IIPA untuk membuang kesan yang sukar dibuang daripada permukaan, bersama-sama dengan kain lap Apple Polishing Cloth ini.

Kain ini kini dilihat telah pun terjual habis, dan tempahan baharu yang dilakukan memperlihatkan tempoh penghantaran pada awal tahun 2022 kelak.

(Gambar melalui Karagana)

Komen