Cari @ Amanz

Orang dahulu suka berasa bangga dengan kepayahan mereka dalam melakukan sesuatu kerja namun semakin hari semakin kita sedar masa sebenarnya adalah satu sumber yang sangat berharga. Pada Adobe MAX kali ini Adobe turut mengumumkan pelbagai fungsi baru dalam perisian mereka yang memanfaatkan kecerdasan buatan mereka iaitu Adobe Sensei yang boleh diakses pada pilihan fungsi ‘Neural Filters’.

Hover Auto-Mask: Sekiranya pada acara Adobe MAX sebelum ini penggiat industri kreatif terutamanya pengguna Photoshop merasakan Quick Selection Tool merupakan fungsi terpantas, kini ia menjadi lebih pantas dengan fungsi ‘Hover Auto-Masking’. Anda tidak perlu menggunakan Polygon Tool, tidak perlu menggunakan Quick Selection Tool dan perlu melakukan ‘lukisan’ lebih terperinci, tetapi dengan satu klik sahaja dapat memilih objek yang diinginkan.

Landscape Mixer – Menggunakan Neural Filters yang terdapat pada fungsi Filter Photoshop, pengguna boleh memilih fungsi Landscape Mixer dimana pengguna boleh melakukan tetapan seperti musim pada gambar tersebut. Pengguna bukan sahaja boleh menetapkan musim, malah boleh mengubah tetapan cahaya dengan memanipulasi kawalan ‘Sunset’ padanya.

Harmonization – Sekiranya anda kerap melakukan ‘superimpose’, ataupun gabungan dua gambar berbeza menjadi satu, mesti anda kerap menggunakan fungsi-fungsi seperti Levels, Color Balance, ataupun pilihan kawalan warna menerusi Layer Blendings. Semua itu kini lebih mudah menerusi fungsi Harmonization pada Neural Filters.

Apabila mencampuradukkan kedua-dua gambar, Adobe Sensei secara cerdasnya akan memberikan hanya beberapa kawalan untuk anda mengubah warna gambar ini dengan lebih mudah dan lebih asli, tanpa risau akan kesan suntingan yang berlebihan serta tidak terkawal.

Photoshop-Illustrator Interoperability – Photoshop kali ini juga menyokong Layers untuk lukisan dari Illustrator. Berbeza dengan sebelum ini yang mana karya dari Illustrator akan ditampal (paste) secara Smart Objects, kali ini pengguna bukan sahaja mendapat layer, tetapi kawalan vector juga dapat diakses pada Photoshop. Perkara ini semestinya memudahkan pengguna dalam mengintegrasikan karya berbentuk grafik dan juga Vector.  

Comment Panel – Seperti melengkapkan kebolehan Photoshop & Illustrator yang kini boleh digunakan pada pelayar web, anda juga kini boleh melihat komen daripada klien ataupun rakan sekerja anda menerusi Comment Panel. Sama seperti Google Docs, komentar boleh terus dilihat pada perisian Photoshop baik untuk komputer dan juga iPad. Ini sekaligus memudahkan kolaborasi antara semua.

Ini hanyalah beberapa fungsi menarik yang diumumkan Adobe di acara Adobe MAX tahun ini. Anda juga boleh melayari halaman ini untuk melihat keseluruhan fungsi terbaru untuk Adobe Photoshop/ Kesemua fungsi ini akan tersedia sebaik sahaja anda mengemaskini Adobe Photoshop kepada versi terbaru.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd