Lightroom Community Remix Membolehkan Jurugambar Menyunting Gambar Jurugambar Lain

Diterbitkan pada Okt 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebagai seorang jurugambar, anda pasti arif dan kenal dengan perisian Adobe Lightroom. Perisian ini membolehkan jurugambar melakukan pewarnaan yang lebih tepat, cantik, atau bereksperimen dengan gabungan situasi lain bagi mencantikkan hasil gambar yang dirakamkan.

Terbaru pada Adobe Lightroom adalah kebolehan Community Remix yang membenarkan jurugambar memuatnaik hasil gambar mereka, bagi disunting oleh jurugambar lain. Adakalanya mungkin gambar tersebut lebih cantik dalam hitam putih, atau lebih cantik sekiranya ia lebih ‘vivid’ berbanding warna ‘muted’. Kesemua ini dapat dicuba secara mudah menggunakan Community Remix.

Apabila gambar pilihan telah dimuatkan, jurugambar boleh melakukan tetapan warna yang pelbagai, seperti Contrast, Shadow, Highlights, Saturation mahupun Color Grading. Sesudah tetapan berikut, jurugambar tersebut juga boleh memberikan komentar tambahan sebagai nota kepada gambar yang telah disunting. Kerjasama sebegini membolehkan jurugambar juga belajar akan tetapan atau tona warna yang dilakukan jurugambar yang lain.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami