Pihak Xiaomi kini mengesahkan akan memperkenalkan dua generasi siri Redmi Note setiap tahun bermula daripada tahun ini. Perkongsian ini dilakukan oleh Lu Weibing, sambil mengacah pengenalan Redmi Note 11 tidak lama lagi.
Pada tahun ini, Redmi Note 10 telah diperkenalkan, dan kini selang sekitar lima bulan, Redmi Note 11 telah dijadualkan pengenalannya.

Bergerak kehadapan, setiap tahun dua generasi akan diperkenalkan – sekaligus membolehkan keluarga Redmi memenuhi permintaan semasa pengguna, dan hadir dengan pelbagai ciri-ciri baharu.
Pada masa yang sama, Lu Weibing berkongsi mengatakan Redmi Note 11 Pro akan hadir dengan cip MediaTek Dimensity 920, pengecasah 120W, serta kamera berkuasa dan sokongan stereo.
Bagi anda yang meminati siri Redmi Note, jangan terkejut selepas ini sekiranya anda melihat angka versi peranti Redmi Note bergerak pantas dengan pelbagai penawaran produk baharu Redmi di pasaran.