Cari @ Amanz

Jika anda seorang penyunting video, anda pasti kerap perlu menyunting audio untuk menyesuaikannya dengan video anda. Ini mungkin mengambil sedikit masa untuk anda tetapi dengan kemaskini dan fungsi Remix pada Premiere Pro terbaharu, ini bukan lagi masalah.

Fungsi Remix yang menggunakan kecerdasan buatan Adobe Sensei ini akan menganalisa lagu yang dipilih, berapakah detik, rentak dan kelajuan, dan boleh menyuntingnya secara automatik, dan menyesuaikan audio itu dengan tempoh video tersebut. 

Dan jika anda melihatnya didalam ruangan Timeline, terdapat petanda ringkasan potongan pada lagu yang telah dilakukan, dimana anda juga boleh menyesuaikannya semula dengan video anda. Ia boleh digunakan pada Adobe Premiere Pro Beta bermula hari ini. 

Simplify Sequence — Jika anda ingin melakukan duplikasi untuk Sequence anda, kebiasaannya ia akan turut menyalin kesemua maklumat dalam timeline anda. Jika anda kerap melakukan penyuntingan ‘multi-track’, kebanyakan fail-fail tersebut mungkin berterabur, terdapat ruang kosong, sela masa secara menegak dan bermacam lagi.

Terbaru untuk Adobe Premiere Pro adalah fungsi Simplify Squence, ia akan menyalin sequence dan mengemaskan sequence tersebut untuk anda. Sebagai contoh jika pada sequence asal susunan audio dan video anda sangatlah bersepah, sequence kedua yang telah diringkaskan akan mengemaskan susunan tersebut, sekaligus menjimatkan masa dan memudahkan anda untuk melihatnya. Pada masa yang sama, susunan pada sequence asal tidak akan berubah. 

Kemaskini perisian Premiere Pro anda sesudah acara Adobe MAX bagi menggunakan fungsi ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd