Cari @ Amanz

Qualcomm hari ini telah memperkenalkan empat cip pemprosesan baharu berspesifikasi pertengahan, yang bakal menjana sejumlah telefon pintar baharu di pasaran tidak lama lagi.

Empat cip pemprosesan yang diperkenalkan adalah Snapdragon 778G+, Snapdragon 695 dan Snapdragon 480+ yang hadir dengan sokongan rangkaian 5G, serta satu lagi adalah cip Snapdragon 680 dengan sokongan 4G.

Snapdragon 778G+ 5G merupakan yang paling berkuasa antara keempat-empat cip yang diperkenalkan. Ia menawarkan kemas kini dari segi sokongan CPU dan GPU berbanding dengan Snapdragon 778G yang dilancarkan pada Mei tahun ini. Ia mengekalkan penggunaan teknologi 6nm cuma peningkatan kelajuan teras CPU dan GPU. Masih lagi menggunakan lapan teras Kryo 670 cores, dan GPU Adreno 642L Ini dipadankan pula dengan modem Snapdragon X53 yang menyokong rangkaian 5G sub-6GHz dan mmWave 5G sehingga kelajuan 2.9Gbps.

Snapdragon 695 5G pula merupakan kemas kini kepada Snapdragon 690 sebelum ini, hadir dengan sokongan CPU 2.2Ghz, dan juga dilengkapi dengan Adreno 619 untuk GPU. CPU dari keluarga Kryo 660 digunkan pada Snapdragon 695 berbanding Kryo 560 pada Snapdragon 690. Qualcomm mengatakan ia menawarkan rekaan cip 6nm, serta membawakan penambahan prestasi CPU sebanyak 15%, selain GPU sehingga 30%.

Cip ini juga kini menyokong kamera sehingga 108MP, selain sokongan pengecasan pantas Quick Charge 4+, dan kadar segar semula 120Hz. Peranti menyokong rangkaian 5G Sub-6GHZ dan mmWave menerusi modem Snapdragon X51 5G.

Snapdragon 480+ 5G pula merupakan kemas kini kecil berbanding Snapdragon 480, menawarkan sokongan CPU 2.2Ghz, serta sokongan Bluetooth 5.2.

Akhir sekali adalah cip 4G daripada Qualcomm yang terbaru, iaitu Snapdragon 680. Cip ini dilihat membawakan penawaran cip Kryo 260, dan juga GPU Adreno 610. Ia dilihat menawarkan sokongan seumpama Snapdragon 665, tetapi denga GPU lebih baik, dan kadar segar semula sehingga 90Hz.

Pelbagai pengeluar akan hadir dengan telefon menggunakan cip ini, termasuk HMD Global (Nokia), Oppo, Xiaomi, Honor, dan juga Vivo

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd