HUAWEI MateBook 14s Adalah Laptop Padu Yang Bukan Biasa-Biasa

Diterbitkan pada Nov 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Meneruskan strategi HUAWEI’s 1+8+N dalam memperkukuhkan konsep kehidupan kita boleh dinomalisasikan dengan kecerdasan buatan dan peranti berhubung Seamless AI Life – HUAWEI kini telah melancarkan komputer riba baharu dalam siri MateBook mereka – HUAWEI MateBook 14s.

Ia adalah komputer riba kelas mercu yang memfokuskan penggunaan para profesional dalam menawarkan pengalaman penggunaan terbaik yang tidak dapat ditandingi.

Apa yang menarik dengan komputer riba ini akan mengejutkan para pengguna yang masih dalam proses pencarian sebuah komputer riba. Mari baca apa yang HUAWEI tawarkan melalui produk terkini mereka.

Skrin Kualiti Tinggi Yang Pantas

HUAWEI MateBook 14s hadir dengan skrin 14-inci beresolusi 2.5K 2560 x 1680 melalui rekaan HUAWEI FullView Display yang menggunakan bezel nipis. Secara tidak langsung memberikan nisbah skrin-ke-badan sehingga 90% untuk paparan kandungan yang lebih imersif. Tidak cukup dengan itu, HUAWEI turut mengekalkan penggunaan nisbah skrin 3:2 yang sesuai untuk membaca pelbagai artikel, kerja-kerja menulis serta tugasan produktiviti lain.

Skrin MateBook 14s ini juga mempunyai sokongan kadar segar semula tinggi 90Hz yang memberikan pengalaman tatalan lebih lancar dan pantas. Berbeza dengan kebanyakan komputer riba lain yang masih terhad dengan 60Hz sahaja untuk kategori produktiviti.

Selain itu, HUAWEI turut menyediakan perlindungan untuk mata pengguna dengan sensor cahaya terbina yang boleh mengubah kecerahan skrin secara automatik melalui teknologi Smart Brightness Adjustment. Skrin juga melepasi piawaian standard TUV Rheinland (Hardware Solutions) untuk kadar cahaya biru yang rendah dan bebas kerlipan.

Walaupun bezel nipis, HUAWEI berjaya memuatkan sensor kamera web 720p dengan sensor infra merah terbina untuk penggunaan imbasan wajah menyahkunci skrin dengan Windows Hello. Buka sahaja komputer riba, skrin akan terus dinyahkunci secara automatik – hebat bukan?

Komputer riba ini turut mengekalkan sokongan skrin sesentuh untuk penggunaan seakan telefon pintar, di mana telefon Huawei boleh dikawal secara terus pada skrin komputer riba melalui Multi-screen Collaboration. Tidak boleh lakukan multi-tugasan bukan lagi alasan.

Prestasi Pantas Dan Padu

Terdapat dua pilihan cip pemprosesan Intel Core generasi ke 11, sama ada Intel Core i5-11300H atau Intel Core i7-11370H dengan platform Intel Evo. Ia menjanjikan prestasi lebih pantas, memberikan pengalaman penggunaan produktiviti yang memenuhi kehendak mereka yang banyak mengendalikan pelbagai tugasan produktiviti termasuk suntingan imej dan video.

Cip ini adalah antara yang terbaik di pasaran sekarang yang menjamin prestasi hebat pada bila-bila masa tanpa risiko kerja tergendala ketika melakukan kerja di saat genting.

Bateri Tahan Lama Dan Cas Laju

Dengan HUAWEI MateBook 14s, kerisaun bateri cepat habis turut dapat dielakkan dengan sokongan pengecasan pantas 90W Huawei SuperCharge yang menjamin ketahanan berpanjangan. Pengecasan pantas ini turut mampu memberikan ketahanan sehingga 3 jam dengan hanya 15 minit cas.

Khusus untuk mereka yang kerap merantau pula, dengan kembalinya kebolehan merentas negeri, saiz pengecas adalah kompak dan kecil yang tidak akan membebankan pengguna. Memberikan kebebasan pengguna mudah simpan di dalam beg dan membawa ke mana sahaja.

Audio Hebat Di Tahap Profesional

Siapa sahaja yang tidak suka mendengar muzik atau memiliki sistem audio yang berkualiti? Dengan komputer riba ini, pengguna dapat menikmati kualiti audio di tahap profesional, tidak kira pada pembesar suara atau juga mikrofon.

Sistem pembesar suara dengan empat pemacu audio yang ditala dengan HUAWEI SOUND. Ia memberikan pengasingan audio mengikut saluran tersendiri untuk memberikan pengalaman pendengaran menyeluruh dan membiarkan pengguna dalam dunia imersif tersendiri. Terdapat juga preset audio untuk tetapan mengikut penggunaan seperti pendengaran muzik, bermain permainan video atau khusus untuk sesi telesidang.

Bercakap lagi mengenai audio adalah mengenai empat mikrofon terbina dengan teknologi Personal Voice Enhancement. Ia boleh menangkap audio sejauh 5 meter dan kualiti audio yang dijamin sentiasa jelas dan enak didengari. Jadi tidak lagi akan ada gangguan ketika sedang mesyuarat atau merakam audio.

HUAWEI Share Dan Aplikasi Telefon Memudahkan Kehidupan

Multiscreen Collaboration yang sudah lama disokong oleh HUAWEI yang semakin hari semakin stabil ini adalah satu alat atau fungsi yang melengkap kehidupan seseorang. Ia bukan sahaja membawa pengguna ke ekosistem HUAWEI, tetapi membenarkan multi-tugasan dilakukan melalui beberapa peranti dengan lebih mudah.

Antara fungsi yang boleh digunakan adalah pemindahan fail yang pantas di antara telefon atau tablet ke komputer riba. Dalam antaramuka perisian yang sedia terbina dalam Windows, pengguna boleh drag & drop sahaja fail daripada telefon ke komputer. Kerja-kerja salin dan tampal di antara dua peranti juga boleh, misalnya ada terima emel penting daripada telefon dan ingin salin petikan teks di dalam perisian pada komputer – semuanya boleh!

Skrin yang luas ini juga akan memberi keselesaan pengguna dengan penggunaan tiga tetingkap, satu yang utama dan dua yang tambahan untuk tugasan lebih efisien. Boleh sahaja satu untuk kerja, satu untuk rujukan dan satu untuk hiburan bagi kurangkan tekanan.

Bagi mereka yang gemarkan muzik atau bermain permainan video, HUAWEI MateBook 14s turut menyokong tambatan pantas yang boleh mengesan HUAWEI FreeBuds 4 berdekatan dan terus ditambat pada komputer dengan mudah dan pantas. Tidak lagi perlu susah payah ke tetapan dan lakukan itu dan ini.

Mobile Apps Engine

Jika pengguna menggemari HUAWEI AppGallery dengan pelbagai penawaran aplikasi menarik, HUAWEI MateBook 14s turut mempunyai kemampuan memasang dan menggunakan aplikasi terus ke komputer tanpa bantuan telefon pintar.

Contohnya jika ingin tonton TikTok dalam tetingkap yang lebih selesa, menggunakan WeChat dengan akaun berbeza seperti satu di telefon dan satu di komputer atau pelbagai lagi aplikasi lain semuanya boleh. Dengan sokongan skrin sesentuh, memasang aplikasi ini pada komputer akan memberikan satu persepsi telefon pintar dengan skrin gergasi atau seakan tablet.Mobile App Engine ini masih di peringkat ujian beta dan ketersediaan aplikasinya adalah berdasarkan daripada kemaskini pembangun.


Bagi yang berminat, HUAWEI MateBook 14s sudah boleh di pra-tempah pada harga bermula RM4,999 dengan hadiah bernilai sehingga RM1,366 termasuk dengan HUAWEI FreeBuds Pro, HUAWEI Bluetooth Mouse, HUAWEI Backpack dan langganan satu tahun Office 365.

Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI MateBook 14s, sila lawati kedai atas talian HUAWEI Store Online atau laman Shopee rasmi. Untuk alami sendiri di dunia nyata, anda juga boleh mencubanya di HUAWEI Experience Store yang berdekati dengan anda.

Beli HUAWEI MateBook 14s: HUAWEI Store Online
Beli HUAWEI MateBook 14s: Shopee

Penafian: Advertorial dari HUAWEI Malaysia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami