Cari @ Amanz

Telegram kini dilihat telah memulakan ujian untuk platform pengiklanan mereka. Melalui halaman khas yang disediakan, orang ramai boleh merujuk dan melihat kepada penawaran Telegram.

Buat masa ini, Telegram menyediakan sokongan pengiklanan dalam bentuk “Sponsored Messages”.

Pengiklanan ini akan dipaparkan dalam bentuk mesej pada saluran Telegram yang dilabelkan awam. Iklan juga akan hanya dipaparkan pada saluran dengan lebih 1000 pelanggan, dan terhad kepada 160 patah perkataan dalam pengiklanan.

Telegram mengatakan penawaran iklan mereka memfokuskan privasi. Ini bermakna, mereka tidak akan menjejak kadar klik pada iklan, selai akan memaparkan iklan pada sesuatu saluran berdasarkan kepada tetapan pengguna – dan bukannya dipaparkan berdasarkan kepada tetapan seseorang pengguna.

Telegram juga tidak membenarkan pengiklanan pautan luar dalam “Sponsored Messages” untuk mengelak sebarang pemantauan atau penjejakkan.

Bagi anda yang berminat, boleh merujuk laman Telegram Promote hari ini dalam mendapatkan lebih maklumat berkaitan penawaran pengiklanan di Telegram hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd