Microsoft Dilaporkan Sedang Membangunkan Windows 11 SE Untuk Bersaing Dengan Chromebook

Diterbitkan pada Okt 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft telah pun memperkenalkan Windows 11 baru-baru ini, dan telah mula menawarkan kemaskini sistem operasi berkenaan kepada jutaan pengguna Windows 10 secara berperingkat. Selain daripada sistem operasi berkenaan, kini hadir laporan baharu mengatakan Microsoft sedang membangunkan Windows 11 SE.

Windows 11 SE ini disasarkan untuk dijana oleh komputer riba yang ditujukan kepada para pelajar – hadir dengan spesifikasi yang memadai. Ia bakal hadir dengan pengoptimasian khas, serta beberapa ciri-ciri yang mengkhususkan pengguna dalam arena pendidikan.

Komputer riba yang akan menggunakan Windows 11 SE ini mungkin dinamakan sebagai “Surface Laptop SE”, dan hadir dengan harga lebih rendah berbanding Surface Laptop Go sedia ada.

“SE” yang mungkin dinamakan “Student Edition” ini, dikatakan ingin menyasarkan untuk bersaing dengan Chromebook – yang hadir dengan harga kompetitif dan pilihan ramai pengguna seluruh dunia.

Microsoft dilaporkan akan memperkenalkannya pada penghujung tahun ini sekiranya semuanya berjalan lancar.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami