Suruhanjaya Sekuriti kini berkongsi mengatakan bursa aset digital di Malaysia terus berkembang maju, dan menyaksikan lebih 300,000 akaun baharu dibuka pada tahun ini.
SC turut mengatakan sejak diperkenalkan pada 2019 yang lepas, jumlah aset yang didagangkan terus meningkat, dan telah pun melangkaui RM16 bilion pada September 2021 lepas.

Pada hari ini, terdapat empat bursa aset digital yang dibenarkan operasi di Malaysia, iaitu Luno, MX Global, SINEGY dan juga Tokenize.
Dari segi kriptowang yang disokong di Malaysia, terdapat lima, iaitu Bitcoin, Ethereum, XRP, Litecoin, dan juga Bitcoin Cash.