Cari @ Amanz

Samsung hari ini mengumumkan pengenalan One UI Book 4 untuk komputer riba Windows 11 keluaran mereka. Melaluinya, Samsung menawarkan pengalaman yang selari kepada pengguna peranti mereka – tidak kira pada telefon pintar atau pada komputer riba.

Untuk makluman, One UI 4 sedia ditawarkan untuk telefon pintar Samsung, dan untuk komputer riba berasaskan Windows 11, Samsung menawarkan One UI Book 4. Buat masa ini, tema tambahan ini khas untuk komputer keluaran mereka sahaja.

Samsung menyertakan sejumlah perubahan melalui One UI Book 4 ini, termasuk dari segi penggunaan ikon, kaedah mengawal tetapan dan butang, bahagian menu, galeri dan sebagainya.

Pengenalan ini juga sekaligus membawa kepada pengenalan sistem tema secara terbina pada penawaran komputer Windows 11 kepada pengguna.

Ia tidak diketahui lagi sama ada pengeluar lain akan mengikut jejak langkah dan menawarkan antaramuka mereka tersendiri – apatah lagi dengan pelbagai pengeluar hari ini menyediakan komputer riba mereka tersendiri.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd