Cari @ Amanz

Seagate, jenama pembuat storan terkemuka baru-baru ini dilihat telah bekerjasama dengan Lucasfilm untuk memperkenalkan sebuah aksesori storan cakera keras baru yang hadir dengan tema Star Wars.

Menggunakan aksesori storan asas Seagate Firecuda, mereka dan Lucasfilm memperkenalkan rekaan jongkong Beskar, iaitu sebuan logam yang digunakan dalam binaan perisai askar Mandalorian yang dapat dilihat dalam siri televisyen The Mandalorian keluaran Disney+.

Menariknya, aksesori Firecuda Star Wars ini hadir dalam tiga rekaan berbeza, termasuklah penggunaan cakera keras, storan bersaiz 2.5 inci dan juga storan luaran SSD NVMe PCIe. Malah, untuk storan SSD NVMe PCIe 4.0 mereka, Seagate mengatakan bahawa model tersebut hadir dengan kelajuan pembacaan dan penulisan data 7000 MB/s dan 6500MB/s

Dari segi penawaran storan, cakera keras Seagate Star Wars ini hadir dengan penawaran 2TB, manakala SSD SATA mereka hadir dengan penawaran 1TB dan 2TB, manakala untuk storan SSD NVMe PCIe, ia hadir dengan tawaran 500GB dan 1TB. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi jika storan ini akan memasuki pasaran tempatan ataupun tidak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd