Sejumlah pengguna Digi kini dilihat menghadapi masalah menggunakan perkhidmatan telekomunikasi, termasuk mengakses data.
Bercakap mengenainya, melalui balasan media sosial, Digi mengatakan kerja penyelenggaraan masih sedang dijalanka, dan proses pemulihan akan dilakukan secepat mungkin.
Buat masa ini, ia tidak diketahui berapa ramai yang terkesan. Melalui perkongsian di media sosial, ramai dilihat terjejas daripada mengikuti kelas atas-talian, melakukan tugasan dan sebagainya.
Sebelum ini, Digi telah melakukan kerja naik-taraf sistem, namun, Digi menjadualkan perkara berkenaan sehingga awal pagi 26 Oktober 2021 sahaja.