Google Mengejek LG Dengan 113 Sebab Patut Tukar Ke Pixel

Diterbitkan pada Okt 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika dulu Nokia yang kerap hadir dengan video mengejek Samsung dan Apple kerana dua pengguna peranti ini kerap bergaduh, kini Google pula yang rajin hadir dengan video mengejek seperti ini. Dengan pelancaran Pixel 6 dan Pixel 6 Pro, ia merupakan telefon pintar sebenar Google pertama yang ramai nantikan.

Hadir dengan cip tersendiri Google Tensor, kamera 50MP, sokongan kemaskini sekuriti lima tahun, skrin kadar segar semula mencapai 120Hz, dan pelbagai ciri dan fungsi eksklusif Android 12 terhad pada peranti ini. Terkini, Google mengeluarkan 113 sebab kenapa pengguna peranti jenama lain patut berhijrah kepada Pixel.

Video ini jelas sekali mengejek LG yang tidak lagi mengeluarkan telefon pintar dan mungkin juga HTC yang tidak aktif atau begitu hebat dengan pemasaran telefon pintar. LG dan HTC kedua-duanya adalah rakan kerjasama Google bagi menjayakan model-model awal Google Pixel.

Video ini banyak menjelaskan ciri dan fungsi Android 12 serta beberapa yang hanya boleh digunakan pada Pixel. Aneh sekali video ini tidak mempromosikan pun Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Tetapi hanya memperlihatkan Pixel 5a 5G sahaja.

Apa kata anda dengan video ini? Walaupun Pixel tidak dijual di Malaysia, adakah sebab yang Google berikan ini cukup meyakinkan anda untuk bertukar ke peranti mereka?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami