Kebanyakan peranti Samsung yang diperkenalkan di bawah siri Galaxy M memiliki kapasiti bateri yang besar. Sehingga kini, terdapat beberapa model yang telah diumumkan dan terdapat desas-desus mengatakan ianya bakal diperluaskan lagi dengan model baharu tidak lama lagi.

Laporan memetik sumber berkata, terdapat sebuah peranti misteri Samsung dengan kod nombor SM-M336B kini dalam pembangunan. Terdapat ura-ura mengatakan ia mungkin akan dilancarkan sebagai Samsung Galaxy M33 kelak. Ia juga dikhabarkan hadir dalam versi 5G sahaja.
Pada masa sama, terdapat juga dakwaan tertentu mengenai kewujudan Samsung Galaxy A33. Namun begitu, kita boleh menjangkakan peranti ini hanyalah penjenamaan semula kepada sebuah identiti baharu peranti untuk beberapa pasaran.

Mengikut beberapa jangkaan awal, kedua-duanya akan dilancarkan sekitar tahun hadapan. Pada masa sama, syarikat ini juga dalam perancangan untuk beberapa peranti lain – ini termasuklah Samsung Galaxy A13 5G.
Bagaimanapun, bagi menentukan sama ada benar atau sebaliknya kesemua dakwaan ini. Sama-sama nantikan perkembangan lanjut berkaitan perkara ini.
Sumber : Gizmochina