Amazon Dilaporkan Sedang Membangunkan Pesaing Clubhouse

Diterbitkan pada Okt 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak populariti Clubhouse meningkat pada awal tahun ini, beberapa syarikat turut telah melihat ke arena audio. Termasuk antara yang aktif adalah Twitter dan Facebook.

Kini, selain kedua-duanya, Amazon turut dilaporkan sedang membangunkan aplikasi memfokuskan perbualan audio tersendiri, dibawah nama kod “Project Mic”.

Aplikasi yang dibangunkan oleh Amazon ini dijangka memfokuskan pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu, dan akan memberikan ruangan untuk pengguna menjadi penyampai radio tersendiri melaluinya – sekaligus mendemokrasikan radio dan membolehkan sesiapa hadir dengan radio tersendiri.

Aplikasi ini dilihat akan turut menawarkan ciri menyertakan dan mengawal muzik ketika bersembang – sesuatu yang masih tiada pada Clubhouse pada hari ini.

Untuk pendengar pula, Amazon menyasarkan memberikan ruangan untuk mendengar melalui aplikasi, Amazon Music, Twitch, atau peranti Alexa.

Buat masa ini, Amazon masih belum mengeluarkan komen rasmi berkaitan dengan penawaran ini, dan tidak diketahui lagi bilakah ia bakal dilancarkan secara rasminya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami