Oppo Umum Penyelesaian Oppo Carlink – Kawal Kenderaan Menggunakan Telefon

Diterbitkan pada Okt 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo hari ini telah mengadakan acara khas memfokuskan pembangun, dan pada masa yang sama memperkenalkan penyelesaian baharu dinamakan Oppo Carlink.

Oppo Carlink ingin mengintegrasikan teknologi automotif bersama-sama dengan telefon pintar. Melalui integrasi ini, pengguna boleh mengawal sejumlah perkara menggunakan telefon pintar, termasuk membuka pintu kereta, atau menikmati kandungan pada sistem inforia.

Oppo mengatakan mereka akan memperluaskan kebolehan menghubungkan telefon pintar ke kereta, dan memberikan kemudahan kepada pembangun dalam mengakses produk berkaitan kenderaan.

Buat masa ini, Oppo mengatakan Oppo Carlink telah bekerjasama dengan sekitar 70 syarikat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami