Cari @ Amanz

Oppo Menubuhkan Bahagian Khas Memfokuskan Kesihatan Dan Kecergasan – Oppo Health

Oleh Aman

Link Copied!

Oppo hari ini mengumumkan penubuhan bahagian perniagaan baharu memfokuskan kepada kesihatan dan gaya hidup sihat, Oppo Health.

Oppo Health menyasarkan untuk menggunakan pelbagai sensor, algoritma dan data dalam memberikan data dan maklumbalas yag berguna kepada pengguna dalam menjaga kesihatan.

Oppo mengatakan Oppo Health Lab telah ditubuhkan pada awal tahun ini, memfokuskan kepada kajian dan penyelidikkan berkaitan corak tidur, aktiviti sukan, dan kesihatan. Oppo juga menyediakan sejumlah sokongan kepada pembangun melalui Oppo Health Research Kit – sekaligus boleh mengintegrasikan aplikasi yang dibangunkan dibawah ekosistem Oppo Health.

Dengan pengumuman baharu ini, kita mungkin mendengar lanjut berkaitan integrasi Oppo Health dalam tahun-tahun akan datang.


Komen ()