OM System Ialah Nama Baharu Untuk Olympus

Diterbitkan pada Okt 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Olympus menjual perniagaan kelengkapan fotografi mereka kepada Japan Industrial Partners tahun lalu dengan ramalan mengatakan jenama ini akan pupus pada tahun ini. Ramalan menjadi kenyataan selepas ia kini telah dijenamakan semula sebagai OM System.

OM System akan meneruskan pengeluaran kamera digital, kamera kompak, lensa, dan kelengkapan audio di bawah jenama OM System. Mereka turut mengesahkan sebuah kamera M4/3 sedang dibangunkan bagi memulakan langkah pertama sebagai jenama baharu. Ini ialah tanda bahaya syarikat masih mempunyai komitmen dalam dunia fotografi walaupun di bawah pemilikan baharu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami