Cari @ Amanz

Spotify mengekalkan kedudukan mereka sebagai platform penstriman muzik nombor satu dunia kerana kini mereka mempunyai 381 juta pengguna aktif bulanan dengan 172 juta daripada angka ini adalah pelanggan Premium. Angka terkini ini diumumkan dalam laporan kewangan terkini yang telah diterbitkan hari ini.

Jumlah pengguna bulanan meningkat 19% tahun demi tahun berbanding suku yang sama tahun lalu sementara pengguna Premium juga meningkat 19% berbanding suku yang sama tahun lalu. Peningkatan dijana oleh penawaran podsiar yang semakin meningkat sehingga Spotify kini menjadi platform podsiar nombor satu di Amerika Syarikat. Berdasarkan peningkatan setakat ini, Spotify menjangka mereka akan mempunyai 400 juta pengguna aktif bulanan menjelang penghujung 2021.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd