Cari @ Amanz

Mei tahun ini, ARM mengumumkan empat GPU baharu dengan Mali-G710 adalah yang paling mercu dan bakal digunakan pada SOC mercu bermula tahun hadapan. Walaupun Mali-G710 masih belum digunakan pada sebarang SOC, mereka telahpun mula membincangkan GPU yang akan menggantikannya tahun hadapan.

GPU Mali yang masih belum didedahkan namanya pada waktu ini menjanjikan peningkatan prestasi grafik sehingga 30%. Peningkatan lebih tinggi berbanding 20% sahaja di antara Mali-G710 dan Mali-G78 tahun lalu. Selain itu kemampuan pembelajaran mesin juga turut akan dipertingkatkan.

GPU Mali yang seterusnya amat dinantikan kerana ia akan menyokong Ray Tracing menerusi kerjasama ARM dengan Tencent dan MediaTek yang baru diumumkan minggu lalu.

Sumber MyDrivers

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd