Apple Music Kini Boleh Diakses Di Konsol Sony PlayStation 5
October 27, 2021
Apple
Sony
Effi Saharudin
Perkhidmatan penstriman muzik Apple Music kini secara rasmi boleh diakses oleh pemilik PlayStation 5. Pelancaran berlaku beberapa minggu selepas ikon aplikasi muncul pada sesetengah konsol milik pengguna sebelum ini. Ini adalah aplikasi kedua dari Apple pada konsol keluaran Sony ini selepas Apple TV+.

Seperti Spotify, Apple Music boleh distrim untuk mendengar muzik serta podsiar seperti biasa atau menjadi muzik latar belakang ketika sesi permainan video. Perkhidmatan boleh digunakan semua pengguna di peringkat global dengan langganan Apple Music. Pada waktu ini hanya PS5 disokong tetapi tidak di PS4.
Sumber PlayStation Blog
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.