Cari @ Amanz

Streamlabs, salah satu perisian untuk penstriman langsung, kini telah mengeluarkan laporan terbaru untuk suku ketiga 2021 berkenaan dengan penstriman langsung permainan melalui platform seperti Twitch, Facebook dan YouTube.

Melalui data yang dikongsikan, Twitch seperti biasa mendahului semua pesaing lain dengan jumlah masa tontonan dan penstriman paling tinggi.

Apa pun, buat pertama kalinya, Facebook Gaming dilihat mengatasi YouTube Gaming dari segi masa tontonan. Facebook Gaming dilihat mencatatkan masa tontonan selama 1.29 bilion jam tontonan untuk tempoh Julai hingga September lepas. YouTube Gaming pula mencatatkan sekitar 1.13 bilion jam tontonan untuk tempoh yang sama.

Bergerak kehadapan, kita mungkin akan melihat persaingan sengit antara kedua-dua pihak ini dalam mendapatkan pengguna kekal menggunakan dan menikmati kandungan melalui platform mereka. Pada masa yang sama, Twitch juga semestinya melihat kepada kaedah untuk terus mengekalkan posisi dan tidak kehilangan sebarang pegangan pasaran dalam arena penstriman langsung ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd