Carian
Projek On Point Membolehkan Carian Gambar Menggunakan Lakaran Orang Lidi
October 28, 2021 Ikhwan Nazri

Pernahkah anda melakukan carian pada enjin Google dengan kata kunci posisi badan ? Jika anda bertuah, anda mungkin dapat apa yang anda cari namun adakalanya melakar adalah lebih baik dan lebih tepat.

Salah satu projek yang dipertontonkan sewaktu Adobe MAX Sneaks adalah Project On Point yang dicuba pada perisian Adobe Stock. Perisian Adobe Stock memudahkan carian gambar stok yang boleh dipinjam, atau dijual dan kali ini mencari sesuatu adalah lebih mudah dengan kebolehan lakaran. 

Menunjukkan fungsi On Point ini, pengguna hanya perlu melakar orang lidi tersebut dalam posisi yang diinginkan, dan carian objek akan dilakukan. Tidak terhad sekadar penggunaan pada Adobe Stock, ia juga boleh digunakan pada perisian lain untuk memilih gambar dengan posisi yang diinginkan.

Seperti biasa sebarang projek dan eksperimen yang ditunjukkan sewaktu sesi Sneaks tidak semestinya akan hadir pada perisian akhir, namun ia sedikit sebanyak memberikan petanda penawaran fungsi pada perisian Adobe akan datang. 

Komen