Strike A Pose Menjana Imej Baharu Dari Model Asal Dan Posisi Badan Yang Diinginkan

Diterbitkan pada Okt 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Projek terakhir yang dipersembahkan di acara Adobe MAX Sneaks tahun ini tampak biasa namun sangat berguna dan memperlihatkan keupayaan kecerdasan buatan Adobe Sensei dalam menjana imej baharu. 

Menggunakan dua imej berbeza, imej baharu dapat dicipta yang menggabungkan gambar model asal dan juga gambar posisi yang diinginkan. Kecerdasan buatan ini agak tepat dimana sebarang faktor dalam gambar posisi yang diinginkan, seperti warna dan latarbelakang tidak akan dikirakan. 

Ini membolehkan gambar asal, yang mempunyai perincian warna, landskap, tidak terjejas sama sekali apabila gambar baharu dijana. Lebih menarik lagi, meskipun terdapat latarbelakang pada gambar, kecerdasan buatan ini boleh mengenalpasti subjek utama dan akan menjana imej yang tepat meskipun subjek sedang membelakangi kamera. 

Dengan fungsi eksperimental ini, antara penggunaan yang mungkin adalah studio fotografi baju yang tidak perlu meluangkan masa bergambar yang lama dengan model dengan pelbagai baju, apabila hanya satu posisi diperlukan bagi menjana gambar baharu lengkap dengan posisi lain. 

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami