Instagram Kini Membolehkan Semua Berkongsi Pautan Melalui IG Stories

Diterbitkan pada Okt 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Instagram kini membolehkan semua pengguna seluruh dunia untuk berkongsi pautan melalui Instagram Stories. Untuk melakukannya, pada perkongsian Instagram Stories, pengguna hanya perlu menambah pelekat Link Stickers, dan memasukkan pautan yang diinginkan.

Sebelum ini, Instagram memerlukan sejumlah pengikut untuk membolehkan pengguna berkongsi pautan. Dengan perubahan ini, lebih ramai boleh berkongsi pautan bersama rakan-rakan mereka.

Namun, buat masa ini, pihak Instagram masih belum membenarkan perkongsian pautan pada perkongsian di garis masa – dan berkemungkinan perkara berkenaan tidak akan berubah untuk masa terdekat ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami