Cari @ Amanz

Apple bermula iPhone 12 telah mula menawarkan peranti tanpa pengecas, mengatakan ingin menjadikan produk lebih mesra alam, selain mengurangkan impak terhadap alam sekitar. Apa pun, perkara berkenaan tidak disukai ramai. Kita sedia melihat Brazil menekan Apple untuk menyertakan pengecas, dan kini pelajar di China telah memfailkan saman ke atas Apple kerana tidak menyertakan pengecas.

Salah satu hujah yang digunakan adalah kerana kabel USB-C ke Lightning yang disertakan adalah tidak serasi dengan pengecas lain – membuatkan mereka sukar untuk mengecas telefon mereka. Pada masa yang sama, ia juga dikatakan Apple hanya ingin mempromosikan pengecas nirwayar MagSafe mereka – yang mana dikatakan lebih membazir tenaga berbanding penggunaan pengecas berwayar.

Buat masa ini, kes ini masih sedang berjalan di China, dan ramai yang menantikan keputusan mahkamah terhadap pemfailan ini.

Selain Apple, Xiaomi turut telah membuang pengecas – tetapi memberikan pilihan kepada pengguna sama ada inginkan pengecas atau tidak tanpa sebarang kos tambahan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd