Cari @ Amanz

TS Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini berkongsi memperlihatkan progres pemasangan tiang jalur-lebar 5G yang telah mula dijalankan secara aktif di sekitar Kuala Lumpur.

Mengikut sasaran awal, kerajaan menyasarkan pengenalan rangkaian 5G kepada umum seawal penghujung tahun ini. Untuk peringkat permulaan, perkhidmata 5G akan ditawarkan di Cyberjaya, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur.

Mengikut perkongsian DNB sebelum ini, mereka menyasarkan penawaran kelajuan minima 100Mbps melalui penawaran 5G di Malaysia. DNB bakal menguruskan infrastruktur, dan seterusnya penyedia perkhidmatan telekomunikasi akan menggunakannya dalam menawarkan perkhidmatan kepada pengguna.

Dengan perkembangan positif ini, sama-sama kita nantikan bilakah rangkaian 5G yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd