Oppo sedia hadir dengan beberapa penawaran untuk Oppo A54 sebelum ini. Di Malaysia, peranti ini dijual pada harga RM599 dengan janaan cip MediaTek Helio P35. Sementara itu, terdapat juga Oppo A54 versi 5G untuk beberapa pasaran luar yang menggunakan Snapdragon 480.
Dalam perkembangan terkini, Oppo A54s pula telah diperkenalkan. Ia dilengkapi skrin 6.5-inci LCD beresolusi HD+ (720 x 1600 piksel) dengan kadar segar semula standard 60Hz. Seterusnya, ia juga dilengkapi cip MediaTek Helio G35, memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5000mAh.
Tetapan kamera utama adalah 50MP (utama) + 2MP (mono) + 2MP (makro). Kamera swafoto pula adalah 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – pengimbas cap jari sisi, bluetooth 5.0, menjalankan ColorOS 11.1 berasaskan Android 11 dan sebagainya.
Untuk harga, Oppo A54s dijual pada €229.99 (~RM1,109) dengan dua pilihan warna iaitu Pearl Blue dan Crystal Black.
Sumber : Oppo UK