Touch ’n Go eWallet hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan pihak Visa, sekaligus mengumumkan bakal menawarkan kad prabayar Visa pada tahun hadapan, 2022.

Kad prabayar Visa ini akan terikat dengan dompet digital Touch ’n Go eWallet pengguna – sekaligus memudahkan perbelanjaan di kedai-kedai yang tidak menerima pembayaran nirtunai, selain menggunakan baki TNG eWallet di luar negara.
Disamping itu, pengguna juga boleh mengeluarkan baki daripada dompet digital menggunakan kad prabayar ini melalui ATM yang menyokong Visa.
Dengan perkembangan terbaru ini, semestinya lebih ramai yang akan meminati penggunaan Touch ’n Go eWallet berbanding dompet digital lain di pasaran.