GIGABYTE Memperkenalkan Sejumlah Komponen Baru Yang Sedia Digunakan Bersama-sama CPU Intel Alder Lake

Diterbitkan pada Okt 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Intel baru sahaja melancarkan siri cip pemprosesan generasi ke-12 Alder Lake mereka, dan GIGABYTE dilihat sebagai salah satu jenama pembuat komponen yang turut memperkenalkan sejumlah komponen mereka yang boleh digunakan bersama-sama dengan cip pemprosesan tersebut.

Bermula dengan siri papan induk, GIGABYTE dilihat memperkenalkan lima model papan induk baru dibawah model AORUS mereka, yang termasuklah model AORUS Z690 Elite, Z690 Pro, Z690 Extreme, Z690 Master dan Z690 Ultra. Kesemua papan induk ini hadir dengan kemampuan melewahjam, penambahan penyejuk VRM untuk memastikan komponen-komponen beroperasi pada suhu optimum. Ia juga hadir dengan rekaan fasa kuasa yang membolehkan CPU dan kad grafik menerima kuasa pada kadar lebih stabil khusus untuk mereka yang mahu membina komputer desktop untuk tujuan lewahjam pada kadar tinggi.

Selain daripada itu, kesemua papan induk ini juga hadir den sokongan untuk memori DDR5 dan teknologi penghantaran data PCIe 5.0 yang baru yang mengurangkan isu lengah masa, dan kadar penghantaran data yang lebih pantas.

Untuk menyejukkan komponen SSD, kesemua papan induk ini juga hadir dengan kepingan logam penyejuk storan SSD M.2 untuk mengelakkan masalah panas.

Beberapa hari lalu, kami juga ada melaporkan bahawa AORUS telah memperkenalkan modul memori DDR5 merea tersendiri, yang hadir dengan kelajuan sekitar 4800MHz dan hadir dalam penawaran modul 16GBx2 (32GB). GIGABYTE Malaysia mengatakan bahawa modul memori ini akan ditawarkan di pasaran Malaysia pada bulan Disember kelak pada harga yang akan ditetapkan.

Satu lagi komponen yang cukup penting untuk prestasi optimum sesebuah komputer desktop ialah penyejuk CPU. AORUS baru-baru ini turut memperkenalkan sistem penyejukan cecair AIO terbaru mereka, iaitu siri AORUS Waterforce X terbaru mereka yang hadir dalam tiga buah konfigurasi berbeza.

Penyejuk CPU AORUS Waterforce X ini hadir dalam tiga konfigurasi radiator, iaitu saiz 240mm, 280mm dan 360mm. Diameter tiub cecair penyejuk ini telah dibesarkan ke 7.8mm untuk aliran cecair yang lebih banyak, manakala paksi yang menyambungkan bongkah penyejuk ke tiub radiator ditukar dari logam ke seramik untuk memastikan jangka-hayat penyejuk yang lebih panjang.

Dalam pada itu, GIGABYTE juga mengesahkan bahawa penyejuk in imenyokong soket LGA1700 terbaru untuk CPU Alder Lake, jadi pengguna tidak akan ada masalah untuk menggunakannya dengan siri CPU tersebut.

Penyejuk CPU AORUS Waterforce X ini sudahpun tiba di pasaran tempatan pada tanda-tanda harga berikut:

  • Aorus Waterforce X 360 — RM 1,139
  • Aorus Waterforce X 280 — RM 1,039
  • Aorus Waterforce X 240 — RM 859

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami