Spotify Kini Menawarkan Pelan Untuk Pelajar Di Malaysia – RM7.50 Sebulan

Diterbitkan pada Okt 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Spotify kini telah memperkenalkan penambahan pelan berbayar untuk pengguna tempatan, ditujukan khusus untuk para pelajar.

Melalui pengenalan Spotify Premium for Students di Malaysia, para pelajar kini boleh menikmati pelan Spotify berbayar pada harga langganan RM7.50 sebulan.

Penawaran yang disediakan adalah sama seperti Spotify Premium biasa, termasuk bebas iklan, sokongan luar-talian dan akses kepada jutaan lagu di Spotify. Sebagai pelajar, anda menerima diskaun, dan dapat menikmati perkhidmatan Spotify pada harga lebih rendah.

Anda yang berminat boleh ke laman khas Spotify untuk pelajar, melakukan pengesahan, dan menikmati langganan premium pada harga RM7.50 sebulan. Langganan akan kembali kepada RM14.90 sebaik sahaja anda habis belajar.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami