Cari @ Amanz

Adobe akan menggunakan adar Adobe Max untuk memperlihatkan teknologi yang sedang dibagunkan tetapi belum bersedia diberikan pada perisian mereka. Pagi ini demo Project In-Between telah diperlihatkan dan ini menghasilkan animasi seperti Live Photo menggunakan hanya dua gambar statik.

Kecerdasan buatan menghasilkan kesemua bingkai animasi diantara dua gambar yang dipilih. Ia bukan sahaja boleh digunakan pada subjek manusia tetapi juga haiwan. Animasi melibatkan lebih daripada dua subjek juga boleh dihasilkan. Menurut Adobe selain animasi dari gambar statik, Project In-Between juga boleh menghasilkan animasi gerak perlahan yang lancar menggunakan video pendek yang dirakam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd