Carian
Poco M4 Pro 5G Akan Dilancarkan Pada 9 November 2021
October 28, 2021 Amy Maizuraa

Peranti Poco di bawah siri M kebiasaannya memfokuskan kepada penawaran spesifikasi yang baik pada harga jualan cukup kompetitif. Dalam perkembangan terkini, mereka dalam perancangan untuk pengenalan model baharu yang dikenali sebagai Poco M4 Pro 5G. Ia bakal menjadi model kemaskini untuk Poco M3 Pro 5G dan acara pelancarannya dijadualkan berlangsung pada 9 November 2021.

Peranti ini dikhabarkan telah melepasi pangkalan data FCC dengan nombor model 21091116AG. Ia juga akan mempunyai pilihan memori sehingga 6GB dan storan dalaman 128GB. Di samping itu, ia turut menyokong NFC, menjalankan MIUI 12.5 dan pengecasan pantas 33W. Bagaimanapun, bagi menentukan sama ada benar atau sebaliknya dakwaan ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenainya.

Sumber : Poco Twitter

Komen