Cari @ Amanz

Honor X30 Max 5G akhirnya dilancarkan secara rasmi di China. Ia merupakan peranti yang memfokuskan kepada fungsi multimedia menerusi sokongan skrin dan bateri yang besar. Di samping itu, ia juga mempunyai sokongan pembesar suara stereo yang bersesuaian dengan pengalaman tontonan dan permainan yang memuaskan.

Untuk spesifikasi khusus, Honor X30 Max dilengkapi skrin bersaiz 7.09-inci LCD beresolusi FHD+ dengan gabungan teknologi panel RGBW. Seterusnya, ia juga menggunakan cip MediaTek Dimensity 900, memori 8GB RAM dan storan dalam sehingga 256GB. Bateri pula adalah sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 22.4W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 64MP + 2MP, manakala kamera swafoto pula adalah 8MP. Pembesar suara stereonya turut dilengkapi sokongan Honor Histen Sound untuk pengalaman audio lebih baik. Lain-lain spesifikasi termasuklah – rangkaian 5G terbina, port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm, NFC dan sebagainya.

Di China, Honor X30 Max 5G dijual pada harga bermula RMB2,399 (~RM1,556) untuk model asas. Sementara itu, model 8GB + 256GB pula berharga RMB2,699 (~RM1,751).

Sumber : Honor China

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd