Digi : Mulakan Semula Peranti Jika Masih Mengalami Masalah Rangkaian

Diterbitkan pada Okt 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Digi kini mengumumkan mereka sedang melakukan proses baik-pulih secara progresif, dan telah memperbetulkan masalah rangkaian kepada majoriti pelanggan sejak daripada pukul 7 pagi, 28 Oktober 2021. Digi mengatakan usaha lanjut giat dijalankan sepanjang hari bagi memastikan semua pelanggan menikmati capaian internet yang stabil.

Apa pun, sekiranya anda masih mengalami masalah sambungan internet, Digi meminta pengguna untuk memulakan kembali peranti – atau turut boleh melakukan dengan menghidupkan “mod penerbangan” dan mematikannya selepas sekitar 5 saat.

Pada masa yang sama, Digi turut mengatakan yang mana jangan risau sekiranya terlihat kumpulan kuota internet yang tidak dikenal-pasti ketika melakukan semaka kuota pada aplikasi MyDigi atau melalui UMB *128#. Digi mengatakan ia merupakan langkah sementara dalam memastikan pengalaman capaian internet yang stabil ditawarkan kepada pengguna.

Sebelum ini, Digi telah menjadualkan penyelenggaraan untuk mengemaskini sistem, termasuk mengubah kaedah paparan kuota atau pakej internet. Namun, masalah rangkaian berterusan kepada ramai pengguna sehingga ke hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami