Cari @ Amanz

Seperti ura-ura yang didengari sebelum ini, Mark Zuckerberg mengumumkan Facebook kini dijenamakan semula sebagai Meta. DI bawah meta Facebook, Messenger, Instagram, WhatsApp, dan Oculus akan terus beroperasi seperti biasa tetapi dengan tumpuan kini diberikan sepenuhnya kepada pembangunan duniameta (metaverse).

Penjenamaan semula adalah perlu kerana menurut Zuckerberg, syarikat kini tidak lagi memberikan tumpuan kepada Facebook sahaja. Meneruskan nama Facebook akan menyukarkan orang ramai membezakan apa yang sedang dibangunkan syarikat dengan Facebook yang merupakan sebuah platform media sosial.

Di dalam acara Facebook Connect pagi ini, Zuckerberg menunjukkan bagaimana dunia meta akan mengubah cara pengguna berinteraksi antara satu sama lain, bersosial, bekerja, dan bermain. Beliau yakin duniameta akan menjadi evolusi seterusnya Internet dengan tiada lagi perbezaan di antara dunia sebenar dengan dunia maya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd