Cari @ Amanz

Twitter sedia menawarkan sokongan Spaces yang membolehkan pengguna berkomunikasi secara audio melalui platform mereka. Sebelum ini, perbualan berkenaan akan hilang begitu sahaja selepas tamat, melainkan pengguna melakukan rakaman secara manual, atau sekiranya hos memohon salinan pendua data akaun yang menyimpan akses ke Spaces bagi tempoh 30 hari.

Namun, kini, dalam memudahkan lagi mendapatkan perbualan berkenaan, Twitter memperkenalkan terus ciri rakaman pada Twitter Spaces.

Twitter menguji ciri ini secara terhad dikalangan segelintir pengguna iOS. Sebuah butang khas disediakan ketika ingin memulakan Twitter Spaces yang membolehkan anda menyimpan salinan rakaman selepas Twitter Spaces berkenaan ditamatkan.

Sebaik sahaja tamat, rakaman berkenaan akan diterbitkan di Twitter, sekaligus memudahkan mereka yang terlepas perbualan berkenaan untuk mengikuti dari awal tanpa terlepas sebarang detik.

Sekiranya ujian ini berjalan lancar, tidak mustahil kita melihat ia diperkenalkan secara meluas dalam beberapa bulan lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd